Ummah Berselawat

Khamis, 16 Jun 2011

MAJLIS HABIB ZEIN BIN IBRAHIM BIN SUMAITH

Alhamdulillah , majlis ulama bersama Al Habib Zein bin Ibrahim Sumaith di Kelantan baru ini bermula
 13-15 /06/2011sangat bermakna buat rakyat Malaysia . Berkat majlis ini, Allah satukan para ulama yang datang dari seluruh pelusuk negara . Terdapat wakil ulama Pondok Pattani , Kelantan , Kedah dan ulama seluruh Malaysia . Al Habib merupakan tokoh ulama Ahli Sunnah yang menetap di Madinah sekarang .
Insyallah saya akan masukan sebahagian ucapan mulia beliau besok .

Majlis ilmu yang dipimpin oleh Al Habib 

Selawat memuji Rasulullah SAW 


Ulama Kedah yang diketuai oleh 
Baba Yahya , Ustaz Aminuddin , Pak Long Alor Janggus bersama sebahagian ulama Pattani termasuk Baba Abd Karim Dala , Baba Ghazali Sekam , Baba Abdullah Bermin , dan ramai lagi ulama dari Pattani 


Al HABIB ZEIN BERSAMA BABA AZIZ 
Ijazah sanad dari Habib mulia

Rombongan Kedah yang diketuai Baba Yahya 
Rombongan Kedah Ustaz Nasir , Ustaz Aminuddin Abd Rahim , Pak Long Zohair , Saudara Shukur (Su Ummah Berselawat ) 

Baba Aziz bersama ulama Pattani 

Habib di Rumah YB Hussam Musa 
YB Hussam Musa , pemimpin yang sangat cintakan ualama . 
Pimpinan PAS yang seperti ini yang kita mahu .


Ustaz Amin bersama Ust Zul MELAKA 

ULAMA kedah bersama MAULANA HUSSIN 

Maulana Hussin berkenan izajahkan sanad pada rombongan dari Kedah 


Berkat dari majlis Habib Zein maka Kedah sekarang bakal muncul IKATAN ULAMA KEDAH , peringkat mula dengan penubuhan blog  http://www.ikatanulama.blogspot.com/ . Blog Ikatan Ulama Kedah ditubuhkan pada malam ini 16/06/2011 dengan izin Allah . 
Harap saudara doa kepada kami supaya diberi taufiq dan disatukan hati untuk meneruskan usha menaikan martabat Ulama Pewaris Anbia 

Majlis penutup lawatan Habib Zein ke Malaysia